Sejak menyertai bidang jual beli hartanah lebih 8 tahun lalu, saya telah berurusan dengan ramai pelanggan. Tak dinafikan, ada segelintir yang memang menaruh sepenuh kepercayaan kepada Real Estate Negotiator (REN) untuk menguruskan proses jual beli hartanah mereka. Tapi saya dapati sebahagian besar mereka berurusan dengan REN semata-mata untuk dijadikan batu loncatan. Bakal pembeli akan berusaha untuk berurusan terus dengan pemilik sebenar hartanah yang ingin dibeli. Bagi penjual pula, mereka berasa lebih untung kalau mereka dapat jual sendiri hartanah mereka, tanpa menggunakan khidmat REN. Bagaimanapun, disebabkan kesukaran untuk mendapatkan pembeli atau penjual, masing-masing terpaksa menggunakan khidmat REN sebagai matchmaker ( menemukan pembeli dan penjual). Selepas bertemu dengan pembeli/penjual, mereka akan cuba 'mengetepikan' REN. Perkara sama berlaku dalam proses jual beli rumah baru melalui projek-projek perumahan yang dilancarkan Developer (Pem...
Comments
Post a Comment