Skip to main content

'Semalam' waktu terbaik untuk beli rumah

Sejak Belanjawan 2019 dibentangkan pada Oktober 2018, ramai bakal pembeli yang 'tarik handbreak' daripada meneruskan hasrat membeli rumah.

Masing-masing mengambil langkah tunggu dan lihat, dengan harapan harga rumah akan turun, berikutan pengumuman kerajaan menggalakkan pemaju menurunkan harga rumah.


Peningkatan harga barang
mentah untuk binaan antara sebab
penurunan harga rumah sukar
untuk direalisasikan.

Tapi hakikatnya, berdasarkan hukum 'supply & demand', penurunan harga rumah tak mungkin berlaku dalam masa terdekat, terutama bagi hartanah yang berharga di bawah RM500K.

Sebaliknya, faktor permintaan yang terus bertambah bagi hartanah kategori ini, di samping harga input binaan yang terus meningkat di pasaran dunia, menyebabkan kenaikan harga mungkin tidak dapat dielakkan.

Kesimpulannya, masa terbaik untuk beli rumah adalah 'semalam'. Tapi disebabkan semalam dah berlalu, maka 'hari ini' adalah waktu terbaik. 

Kalau anda masih ingin tunggu hingga 'esok', mungkin harga rumah yang ingin dibeli sudah meningkat. Jadi buatlah keputusan yang terbaik untuk diri anda.

Comments

Popular posts from this blog

REN VS Broker VS Developer

Sejak menyertai bidang jual beli hartanah lebih 8 tahun lalu, saya telah berurusan dengan ramai pelanggan. Tak dinafikan, ada segelintir yang memang menaruh sepenuh kepercayaan kepada Real Estate Negotiator (REN) untuk menguruskan proses jual beli hartanah mereka. Tapi saya dapati sebahagian besar mereka berurusan dengan REN semata-mata untuk dijadikan batu loncatan. Bakal pembeli akan berusaha untuk berurusan terus dengan pemilik sebenar hartanah yang ingin dibeli. Bagi penjual pula, mereka berasa lebih untung kalau mereka dapat jual sendiri hartanah mereka, tanpa menggunakan khidmat REN. Bagaimanapun, disebabkan kesukaran untuk mendapatkan pembeli atau penjual, masing-masing terpaksa menggunakan khidmat REN sebagai matchmaker  ( menemukan pembeli dan penjual). Selepas bertemu dengan pembeli/penjual, mereka akan cuba 'mengetepikan' REN. Perkara sama berlaku dalam proses jual beli rumah baru melalui projek-projek perumahan yang dilancarkan Developer (Pem...

REN bukan sekadar 'matchmaker'

REN membantu bakal pembeli membuat keputusan pelaburan  yang betul. Tugas Real Estate Negotiator (REN) sebenarnya bukan sekadar sebagai matchmaker di antara penjual dan pembeli hartanah. Sebaliknya REN juga berperanan sebagai pemudahcara kepada pelanggan. Hal ini kerana, REN mempunyai pengetahuan luas dan mahir dalam segala hal berkaitan hartanah.  Dari aspek pemilihan lokasi yang sesuai, pinjaman kewangan , perihal guaman, hinggalah kepada pengiraan Return of Invesment (ROI), anda boleh rujuk kepada REN. Malah, para pelabur hartanah tegar pun sentiasa menjadikan REN sebagai pakar rujuk, bagi memastikan mereka tidak melabur dalam hartanah yang salah dan urusan jual beli akan berjalan dengan lancar. Jika anda sebagai pembeli hartanah, anda tidak perlu membayar sebarang yuran profesional ( Professional Fee ) kepada REN, kerana yuran tersebut akan ditanggung oleh pihak penjual. Sebaliknya jika anda sebagai penjual hartanah, yuran profesional sebanyak 3% ...