Skip to main content

Persiapan sebelum membuat keputusan membeli rumah

Sepanjang penglibatan dalam urus niaga hartanah, saya dapati ramai yang ingin membeli rumah, tetapi tidak mempunyai persediaan yang cukup.


Hakikatnya, tanpa persediaan yang cukup, terutama daripada aspek pengetahuan boleh menyebabkan anda terjebak dalam masalah kewangan yang serius, memandangkan pembelian rumah membabitkan jumlah wang yang besar dan tempoh yang  panjang.

Oleh sebab itu, saya syorkan setiap bakal pembeli rumah perlu membuat 5 persediaan awal sebelum melakukan sebarang pembelian.

1.Kenalpasti tujuan beli rumah
Anda perlu tahu tujuan anda membeli rumah. Adakah anda membeli untuk duduk sendiri atau untuk pelaburan. Hal ini penting kerana ia akan menentukan beberapa hal penting dalam pembelian anda.

Antaranya jenis rumah yang akan anda beli, lokasi, jenis pembiayaan yang dipilih, tempoh pembiayaan dan sebagainya. Contohnya jika anda membeli untuk tinggal sendiri, anda mungkin akan beli rumah yang dekat dengan tempat kerja anda. Anda juga akan memilih rumah yang selesa (selaras dengan kemampuan). Tapi jika untuk tujuan pelaburan, kriteria yang dipilih mungkin berbeza.

2.Tahu kemampuan kewangan anda
Jika ikut hati, sudah pasti semua orang ingin tinggal di banglo atau penthouse, tapi tak semua orang mampu memilikinya, memandangkan kemampuan kewangan setiap orang berbeza.

Sebagai contoh, anda mempunyai pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan. Jadi anda perlu tahu berapa kemampuan anda untuk membayar komitmen ansuran bulanan rumah yang bakal dibeli.

Contohnya, peruntukan untuk membayar ansuran bulan rumah yang ingin dibeli adalah RM1000 sebulan, jadi berapakah harga rumah yang layak anda beli?

Formulanya mudah: RM1000 × 200: RM200,000

***Tips kira nilai rumah yang layak dibeli ialah darab jumlah kemampuan membayar dengan 200.

3.Semak kelayakan pinjaman

Anda boleh semak kelayakan pinjaman dengan bertanya pihak bank. Selain melihat rekod CCRIS dan CTOS anda, pihak bank akan menilai aspek Debt Service Ratio (DSR).

Secara umum, DSR yang dibenarkan adalah pada kadar maksimum 70%. Maksudnya daripada 100% gaji anda, sebanyak 70% (maksimum) adalah kadar yang dibenarkan untuk bayar hutang bulanan. (Termasuk hutang bulanan rumah yang ingin dibeli).

Contohnya:

Gaji kasar - RM5,000
Beban hutang dibenarkan - RM3,500 (70%)
Hutang Kereta - RM500
Hutang Kad Kredit - RM200
Hutang Pinjaman Peribadi - RM100

Jumlah Hutang Setakat Ini: RM800 (16%)

Ini bermakna anda mempunyai baki maksimum 54% (RM2,700) daripada gaji anda untuk membuat pinjaman perumahan.

4.Ambil tahu mengenai kos awal pembelian rumah.

Mungkin anda mampu dan layak untuk memohon pembiayan perumahan, tapi adakah anda mempunyai cukup wang untuk pelbagai bayaran pendahuluan (entry cost).

Anda perlu mempunyai tunai sebanyak 10% daripada harga rumah sebagai bayaran deposit, memandangkan bank biasanya akan membiayai hanya 90% daripada harga rumah.

Pada masa sama, anda juga perlu menyediakan tambahan 5% lagi daripada kos rumah sebagai untuk bayaran khidmat guaman, duti stem dan beberapa kos lain.

Secara kasarnya, anda perlu mnyediakan modal sebanyak 15% daripada harga rumah sebelum membeli rumah.

5.Kenalpasti pakej pembelian yang menguntungkan

Anda patut membuat penyelidikan mengenai pakej-pakej jualan yang disediakan pemaju dan pakej pembiayaan yang disediakan pihak bank.

Jika anda sabar dan bijak memilih, anda mungkin dapat memiliki rumah dengan kos permulaan yang amat minimum. Hal ini kerana, ada pemaju yang memberi diskaun sehingga melebihi 10% daripada harga jualan rumah. Ini bermakna anda bukan saja tidak perlu bayaran deposit 10%, malah anda mungkin boleh menerima sejumlah wang tunai apabila mendat kunci rumah nanti.

Selain lima persediaan di atas, anda juga perlu mengkaji latar belakang pemaju rumah yang bakal anda beli, selain mengetahui prosuder standard dan proses yang perlu dilalui daripada peringkat awal hingga anda mendapat kunci rumah anda.
Pengetahuan ini penting supaya anda tidak menjadi mangsa keadaan dan akhirnya anda sendiri yang terpaksa menanggung bebannya.
Memang rumit untuk membeli sebuat rumah. Banyak perkara yang perlu diambilkira. Tapi anda tidak perlu meletakkan beban 100% di atas bahu anda. 
Sebaliknya anda perlu bertindak bijak dengan mendapatkan khidmat nasihat Real Estate Negotiator (REN) yang berdaftar dengan kerajaan (BOVEAP).
Jangan takut untuk mendapatkan khidmat mereka kerana tiada sebarang yuran atau bayaran yang mereka kenakan ke atas anda untuk segala khidmat nasihat yang diberi.
Kerja anda lebih mudah jika anda membeli rumah melalui REN, kerana mereka akan membantu anda daripada proses memilih hartanah yang sesuai hingga anda memperoleh kunci rumah anda.



Comments

Popular posts from this blog

REN VS Broker VS Developer

Sejak menyertai bidang jual beli hartanah lebih 8 tahun lalu, saya telah berurusan dengan ramai pelanggan. Tak dinafikan, ada segelintir yang memang menaruh sepenuh kepercayaan kepada Real Estate Negotiator (REN) untuk menguruskan proses jual beli hartanah mereka. Tapi saya dapati sebahagian besar mereka berurusan dengan REN semata-mata untuk dijadikan batu loncatan. Bakal pembeli akan berusaha untuk berurusan terus dengan pemilik sebenar hartanah yang ingin dibeli. Bagi penjual pula, mereka berasa lebih untung kalau mereka dapat jual sendiri hartanah mereka, tanpa menggunakan khidmat REN. Bagaimanapun, disebabkan kesukaran untuk mendapatkan pembeli atau penjual, masing-masing terpaksa menggunakan khidmat REN sebagai matchmaker  ( menemukan pembeli dan penjual). Selepas bertemu dengan pembeli/penjual, mereka akan cuba 'mengetepikan' REN. Perkara sama berlaku dalam proses jual beli rumah baru melalui projek-projek perumahan yang dilancarkan Developer (Pem...

REN bukan sekadar 'matchmaker'

REN membantu bakal pembeli membuat keputusan pelaburan  yang betul. Tugas Real Estate Negotiator (REN) sebenarnya bukan sekadar sebagai matchmaker di antara penjual dan pembeli hartanah. Sebaliknya REN juga berperanan sebagai pemudahcara kepada pelanggan. Hal ini kerana, REN mempunyai pengetahuan luas dan mahir dalam segala hal berkaitan hartanah.  Dari aspek pemilihan lokasi yang sesuai, pinjaman kewangan , perihal guaman, hinggalah kepada pengiraan Return of Invesment (ROI), anda boleh rujuk kepada REN. Malah, para pelabur hartanah tegar pun sentiasa menjadikan REN sebagai pakar rujuk, bagi memastikan mereka tidak melabur dalam hartanah yang salah dan urusan jual beli akan berjalan dengan lancar. Jika anda sebagai pembeli hartanah, anda tidak perlu membayar sebarang yuran profesional ( Professional Fee ) kepada REN, kerana yuran tersebut akan ditanggung oleh pihak penjual. Sebaliknya jika anda sebagai penjual hartanah, yuran profesional sebanyak 3% ...

'Semalam' waktu terbaik untuk beli rumah

Sejak Belanjawan 2019 dibentangkan pada Oktober 2018, ramai bakal pembeli yang 'tarik handbreak' daripada meneruskan hasrat membeli rumah. Masing-masing mengambil langkah tunggu dan lihat, dengan harapan harga rumah akan turun, berikutan pengumuman kerajaan menggalakkan pemaju menurunkan harga rumah. Peningkatan harga barang mentah untuk binaan antara sebab penurunan harga rumah sukar untuk direalisasikan. Tapi hakikatnya, berdasarkan hukum 'supply & demand', penurunan harga rumah tak mungkin berlaku dalam masa terdekat, terutama bagi hartanah yang berharga di bawah RM500K. Sebaliknya, faktor permintaan yang terus bertambah bagi hartanah kategori ini, di samping harga input binaan yang terus meningkat di pasaran dunia, menyebabkan kenaikan harga mungkin tidak dapat dielakkan. Kesimpulannya, masa terbaik untuk beli rumah adalah 'semalam'. Tapi disebabkan semalam dah berlalu, maka 'hari ini' adalah waktu terbaik.  ...