Berdasarkan pengalaman mengendalikan permohonan pembiayaan rumah, saya dapati ada 2 kumpulan individu yang kerap bermasalah dengan Penyata Cukai Pendapatan (Tak Isytihar Cukai Pendapatan).
- Pekerja yang berasaskan komisen.
- Golongan bekerja sendiri/berniaga.
Antara alasan mereka tidak isytihar Cukai Pendapatan adalah:
- Tak tahu cara untuk bayar cukai pendapatan.
- Tak faham bagaimana menguruskan kewangan untuk memudahkan proses mengira cukai pendapatan.
- Tak ada pengetahuan mengenai cukai pendapatan ketika memulakan bisnes.
Akibat kegagalan mengisytiharkan cukai pendapatan, permohonan mereka akhirnya ditolak pihak bank.
Hal ini kerana, bank memerlukan Penyata Cukai Pendapatan sebagai bukti kesahihan jumlah pendapatan yang pemohon ajukan dalam permohonan pembiayaan mereka.
Jadi, kepada mereka yang sepatutnya wajib membayar cukai, tapi selama ini mengelak daripada membayar Cukai Pendapatan, saya nasihat sila isytihar pendapatan anda kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Mungkin anda akan didenda kerana tak isytihar lebih awal, tapi itu jauh lebih baik daripada anda hilang kelayakan untuk mohon pembiayaan hartanah atau pinjaman lain.
Comments
Post a Comment