Baru-baru ini, saya berjaya 'Closed Case' sewa sebuah unit Services Apartment di pinggir bandar Melaka dengan nilai sewaan RM2,200 sebulan.
Pelanggan tersebut seorang pensyarah Institusi Pengajian Tinggi di Melaka, sementara isterinya seorang Agen Insurans yang memperoleh komisen sebanyak RM6000 sebulan. Mereka mempunyai seorang anak berusia 3 tahun.
Ketika sesi 'fact finding', pasangan ini memberitahu, mereka terpaksa menyewa kerana tidak mampu untuk beli rumah.
Dengan pendapatan isi rumah mencecah RM10K sebulan dan mampu untuk sewa unit kondominium bernilai RM2,200 sebulan, mereka tak mampu untuk beli rumah? Apa kes?
Tak perlu terperanjat sangat. Sebenarnya inilah situasi yang banyak berlaku, terutama dalam kalangan mereka di bawah umur 40 tahun.
Kenapa keadaan ini berlaku? Dua faktor di bawah adalah puncanya:
- Emosi
- Ilmu
Kedua-dua faktor ini saling berkait. Untuk tahu lebih lanjut mengenainya, ikuti BAHAGIAN KEDUA artikel ini.
Comments
Post a Comment