Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Emosi VS Ilmu (Bahagian 2)

Dalam perkongsian terdahulu [Rujuk Artikel: Emosi VS Ilmu (Bahagian 1)], saya ada nyatakan, faktor emosi dan ilmu menjadi punca utama sepasang suami isteri dengan pendapatan isi rumah sebanyak RM10K sebulan, tidak mampu beli rumah.  Hakikatnya, mereka mampu untuk miliki rumah sendiri. Keupayaan mereka menyewa unit kondominium bernilai RM2,200 sebulan membuktikan mereka mampu membeli rumah bernilai hingga RM440K. Tapi malangnya, mereka tak layak dapat pembiayaan pihak bank kerana kurang ilmu mengenai pengurusan kewangan. Kenapa saya katakan faktor emosi menjadi punca? Kedua-dua mereka memilih untuk menggunakan kenderaan Continental baru yang membabitkan pembayaran balik lebih kurang RM3,000 sebulan. Kedua-dua mereka mempunyai komitmen lain termasuk kad kredit, insurans, bayaran penjagaan anak, perbelanjaan isi rumah, minyak kereta, bil telefon dan lain-lain; keseluruhannya membabitkan RM5000 sebulan.  Mereka merancang untuk memiliki ru...

Emosi VS Ilmu (Bahagian 1)

Baru-baru ini, saya berjaya 'Closed Case' sewa sebuah unit Services Apartment di pinggir bandar Melaka dengan nilai sewaan RM2,200 sebulan. Pelanggan tersebut seorang pensyarah Institusi Pengajian Tinggi di Melaka, sementara isterinya seorang Agen Insurans yang memperoleh komisen sebanyak RM6000 sebulan. Mereka mempunyai seorang anak berusia 3 tahun. Ketika sesi 'fact finding', pasangan ini memberitahu, mereka terpaksa menyewa kerana tidak mampu untuk beli rumah. Dengan pendapatan isi rumah mencecah RM10K sebulan dan mampu untuk sewa unit kondominium bernilai RM2,200 sebulan, mereka tak mampu untuk beli rumah? Apa kes? Tak perlu terperanjat sangat. Sebenarnya inilah situasi yang banyak berlaku, terutama dalam kalangan mereka di bawah umur 40 tahun. Kenapa keadaan ini berlaku? Dua faktor di bawah adalah puncanya: Emosi Ilmu Kedua-dua faktor ini saling berkait. Untuk tahu lebih lanjut mengenainya, ikuti BAHAGIAN KEDUA artikel ini.

Isytihar Cukai Pendapatan, Elak Dihalang Buat Pinjaman

Persiapan sebelum membuat keputusan membeli rumah

Sepanjang penglibatan dalam urus niaga hartanah, saya dapati ramai yang ingin membeli rumah, tetapi tidak mempunyai persediaan yang cukup. Hakikatnya, tanpa persediaan yang cukup, terutama daripada aspek pengetahuan boleh menyebabkan anda terjebak dalam masalah kewangan yang serius, memandangkan pembelian rumah membabitkan jumlah wang yang besar dan tempoh yang  panjang. Oleh sebab itu, saya syorkan setiap bakal pembeli rumah perlu membuat 5 persediaan awal sebelum melakukan sebarang pembelian. 1.Kenalpasti tujuan beli rumah Anda perlu tahu tujuan anda membeli rumah. Adakah anda membeli untuk duduk sendiri atau untuk pelaburan. Hal ini penting kerana ia akan menentukan beberapa hal penting dalam pembelian anda. Antaranya jenis rumah yang akan anda beli, lokasi, jenis pembiayaan yang dipilih, tempoh pembiayaan dan sebagainya. Contohnya jika anda membeli untuk tinggal sendiri, anda mungkin akan beli rumah yang dekat dengan tempat kerja anda. Anda juga akan ...

'Semalam' waktu terbaik untuk beli rumah

Sejak Belanjawan 2019 dibentangkan pada Oktober 2018, ramai bakal pembeli yang 'tarik handbreak' daripada meneruskan hasrat membeli rumah. Masing-masing mengambil langkah tunggu dan lihat, dengan harapan harga rumah akan turun, berikutan pengumuman kerajaan menggalakkan pemaju menurunkan harga rumah. Peningkatan harga barang mentah untuk binaan antara sebab penurunan harga rumah sukar untuk direalisasikan. Tapi hakikatnya, berdasarkan hukum 'supply & demand', penurunan harga rumah tak mungkin berlaku dalam masa terdekat, terutama bagi hartanah yang berharga di bawah RM500K. Sebaliknya, faktor permintaan yang terus bertambah bagi hartanah kategori ini, di samping harga input binaan yang terus meningkat di pasaran dunia, menyebabkan kenaikan harga mungkin tidak dapat dielakkan. Kesimpulannya, masa terbaik untuk beli rumah adalah 'semalam'. Tapi disebabkan semalam dah berlalu, maka 'hari ini' adalah waktu terbaik.  ...

Culas Bayar Cukai Pendapatan Jejas Kelayakan Meminjam

Berdasarkan pengalaman mengendalikan permohonan pembiayaan rumah, saya dapati ada 2 kumpulan individu yang kerap bermasalah dengan Penyata Cukai Pendapatan (Tak Isytihar Cukai Pendapatan). Pekerja yang berasaskan komisen. Golongan bekerja sendiri/berniaga. Antara alasan mereka tidak isytihar Cukai Pendapatan adalah: Tak tahu cara untuk bayar cukai pendapatan. Tak faham bagaimana menguruskan kewangan untuk memudahkan proses mengira cukai pendapatan. Tak ada pengetahuan mengenai cukai pendapatan ketika memulakan bisnes. Akibat kegagalan mengisytiharkan Cukai Pendapatan, permohonan mereka akhirnya ditolak. Hal ini kerana, bank memerlukan Penyata Cukai Pendapatan sebagai bukti kesahihan jumlah pendapatan yang pemohon ajukan dalam permohonan pembiayaan mereka. Jadi, kepada mereka yang sepatutnya wajib membayar cukai, tapi selama ini mengelak daripada membayar Cukai Pendapatan, saya nasihat sila isytihar pendapatan anda kepada Lembaga Hasi...