Dalam perkongsian terdahulu [Rujuk Artikel: Emosi VS Ilmu (Bahagian 1)], saya ada nyatakan, faktor emosi dan ilmu menjadi punca utama sepasang suami isteri dengan pendapatan isi rumah sebanyak RM10K sebulan, tidak mampu beli rumah. Hakikatnya, mereka mampu untuk miliki rumah sendiri. Keupayaan mereka menyewa unit kondominium bernilai RM2,200 sebulan membuktikan mereka mampu membeli rumah bernilai hingga RM440K. Tapi malangnya, mereka tak layak dapat pembiayaan pihak bank kerana kurang ilmu mengenai pengurusan kewangan. Kenapa saya katakan faktor emosi menjadi punca? Kedua-dua mereka memilih untuk menggunakan kenderaan Continental baru yang membabitkan pembayaran balik lebih kurang RM3,000 sebulan. Kedua-dua mereka mempunyai komitmen lain termasuk kad kredit, insurans, bayaran penjagaan anak, perbelanjaan isi rumah, minyak kereta, bil telefon dan lain-lain; keseluruhannya membabitkan RM5000 sebulan. Mereka merancang untuk memiliki ru...
Baru-baru ini, saya berjaya 'Closed Case' sewa sebuah unit Services Apartment di pinggir bandar Melaka dengan nilai sewaan RM2,200 sebulan. Pelanggan tersebut seorang pensyarah Institusi Pengajian Tinggi di Melaka, sementara isterinya seorang Agen Insurans yang memperoleh komisen sebanyak RM6000 sebulan. Mereka mempunyai seorang anak berusia 3 tahun. Ketika sesi 'fact finding', pasangan ini memberitahu, mereka terpaksa menyewa kerana tidak mampu untuk beli rumah. Dengan pendapatan isi rumah mencecah RM10K sebulan dan mampu untuk sewa unit kondominium bernilai RM2,200 sebulan, mereka tak mampu untuk beli rumah? Apa kes? Tak perlu terperanjat sangat. Sebenarnya inilah situasi yang banyak berlaku, terutama dalam kalangan mereka di bawah umur 40 tahun. Kenapa keadaan ini berlaku? Dua faktor di bawah adalah puncanya: Emosi Ilmu Kedua-dua faktor ini saling berkait. Untuk tahu lebih lanjut mengenainya, ikuti BAHAGIAN KEDUA artikel ini.