REN membantu bakal pembeli membuat keputusan pelaburan yang betul. Tugas Real Estate Negotiator (REN) sebenarnya bukan sekadar sebagai matchmaker di antara penjual dan pembeli hartanah. Sebaliknya REN juga berperanan sebagai pemudahcara kepada pelanggan. Hal ini kerana, REN mempunyai pengetahuan luas dan mahir dalam segala hal berkaitan hartanah. Dari aspek pemilihan lokasi yang sesuai, pinjaman kewangan , perihal guaman, hinggalah kepada pengiraan Return of Invesment (ROI), anda boleh rujuk kepada REN. Malah, para pelabur hartanah tegar pun sentiasa menjadikan REN sebagai pakar rujuk, bagi memastikan mereka tidak melabur dalam hartanah yang salah dan urusan jual beli akan berjalan dengan lancar. Jika anda sebagai pembeli hartanah, anda tidak perlu membayar sebarang yuran profesional ( Professional Fee ) kepada REN, kerana yuran tersebut akan ditanggung oleh pihak penjual. Sebaliknya jika anda sebagai penjual hartanah, yuran profesional sebanyak 3% ...